PERUTUSAN PRESIDEN MASTI SEMPENA SAMBUTAN HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM MALAYSIA 2017

20 OGOS 2017 : PERUTUSAN PRESIDEN MASTI SEMPENA SAMBUTAN HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM MALAYSIA 2017

Alhamdulilah dan bersyukur kita ke hadrat Ilhahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita semua Pegawai Tadbir dan Ikhthisas Universiti Awam yang hampir mencecah 10,000 orang bersama-sama bagi tahun kedua Sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam 2017.

MASTI yang merupakan gabungan persatuan pentadbir di Universiti Awam ditubuhkan untuk mencapai persefahaman, kerjasama, kesejahteraan ahli-ahli menerusi kegiatan-kegiatan MASTI. Selain itu juga, MASTI berhasrat untuk menggalak dan mengukuhkan prinsip pengurusan yang cekap, adil dan demokratik di samping mewujudkan dan menjalinkan hubungan dengan badan-badan lain yang sesuai dengan tugas dan matlamat MASTI. Selain itu, MASTI berusaha untuk bersama-sama memajukan bidang pentadbiran dan bidang-bidang lain yang dapat meninggikan lagi imej Kumpulan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas di seluruh Universiti Awam ini.

Majlis Sambutan bagi kali pertama dan juga pengisytiharan 20 Ogos sebagai Hari Pentadbir Universiti Awam setiap tahun telah dibuat di Akademi Pendidikan Tinggi (AKEPT) pada 20 Ogos 2016 yang lepas. Ini sama seperti profesion lain yang telah mempunyai hari masing-masing seperti profesion guru, profesion jururawat, profesion kepolisian dan sebagainya. Pastinya dengan adanya Hari Pentadbir Universiti Awam ini, dapat memberi motivasi dan semangat kepada hampir 10,000 pentadbir Universiti Awam yang ada di Malaysia.

Sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam kali pertama telah dipusatkan di AKEPT dengan pelbagai pengisian antaranya Konvensyen, Pameran, Penerbitan Buku dan Malam Penghargaan. Walau bagaimanapun bagi kali kedua, semua ahli gabungan MASTI telah diminta mengadakan sekurang-kurangnya satu program di Universiti masing-masing. Hasilnya pelbagai aktiviti telah dirancang antaranya Konvensyen, Seminar, Explorerace, Khidmat Masyarakat, Syarahan Perdana, Sukan, Hari Anugerah Pentadbir, Bicara Buku, Bual Bicara dan Bulan Pentadbir seperti berikut;

14 – 29 Ogos 2017
Sambutan Bulan Pentadbir USIM
Universiti Sains Islam Malaysia
– PRAGMATIS USIM

17 Ogos 2017
Syarahan Umum : Revolusi Industri Ke-4 – Cabaran dan Peluang Menerusi Prespektif Qalbu
Universiti Kebangsaan Malaysia
– PERTADI UKM

18 Ogos 2017, 3:00 – 4.30 Petang
PPU Talk : With UNIMAS Registrar
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
– PENGURUS UNIMAS

20 Ogos 2017, 8:30 Pagi
Majlis Syarahan Kelestarian Pentadbiran Universiti Awam Malaysia (Siri 1) dan Majlis Pelancaran Sambutan Hari Pentabir Universiti Awam Malaysia Kali Ke-2 2017
– PERENTAS UMT
– PENGEMUDI UNISZA

20 Ogos 2017, 8:00 – 11:00 Malam
Hari Anugerah Pentadbir UUM 2017
EDC Hotel & Resort UUM
– PERPATI UUM

20 – 21 Ogos 2017, 8:00 Pagi – 5:00 Petang
Program Pentadbir Cemerlang
Universiti Tun Hussein Onn
– PENTAS UTHM

20 Ogos 2017, 3:00 – 6:00 Petang
Program Tanggungjawab Sosial Ke Rumah Orang Tua
Ikhtiar Selesa Villa, Ipoh
– PRESTASI UPSI

20 Ogos 2017, 8:30 pagi – 1:00 Tengahari
Konvensyen Pentadbir UMK 2017
– PERTISA UMK

22 Ogos 2017, 8:30 – 11:30 Pagi
Hari Pentadbir Persatuan Pentadbir UPM 2017
– PPUPM

23 Ogos 2017, 8;30 Pagi – 5:00 Petang
Konvensyen Pentadbir UTM 2017
Universiti Teknologi Malaysia
– PERTISAS UTM

30 Ogos 2017, 8:00 Pagi – 1:00 Tengahari
Explorerace Cabaran Patriotisme
– POTENSI UNIMAP

September 2017
Seminar Pentadbir & Pelancaran Anugerah Pentadbir UiTM
– PPUiTM

© MASTI since 2001. All Rights Reserved.