Peranan Utama MASTI ialah:

  • Sebagai badan perundingan dalam hal ehwal berkaitan kebajikan dan kepentingan ahli.
  • Memupuk dan melihara konsep, dasar dan matlamat Kerajaan Malaysia.
  • Sebagai satu badan yang mewakili Persatuan-persatuan Pegawai Pentadbiran dan Ikhtisas di seluruh IPTA.
  • Menjadi ahli gabungan kepada mana-mana pertubuhan berdaftar yang sesuai dengan dasar MASTI.
  • Membentuk kerjasama dengan lain-lain pertubuhan berdaftar di dalam negeri yang sesuai dengan dasar Persatuan.
  • Memberi sumbangan untuk perkembangan dan kemajuan perkhidmatan, pentadbiran dan ikhtisas persatuan-persatuan di dalam MASTI.
  • Mengemukakan pendapat dan perakuan kepada kerajaan, dan agensi juga pihak Kementerian dan lain-lain badan mengenai perkara yang berkaitan dengan kepentingan ahli.
  • Bekerjasama erat dengan pihak Kementerian, Jawatankuasa Pendaftar, CUEPACS dan rakan-rakan Kesatuan dalam hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan ahli.
  • Menyebarkan penerangan dan maklumat mengenai kegiatan dan hal ehwal yang berkaitan dengan kepentingan ahli.
  • Menganjur, memupuk dan menggalakkan minat dalamĀ  menyuburkan rohani, jasmani, ekonomi dan sosial dikalangan ahli-ahli MASTI.
  • Menghormati pengisytiharan universal mengenai Hak Asasi Manusia.
© MASTI since 2001. All Rights Reserved.