Sebagai badan perundingan dalam hal ehwal berkaitan kebajikan dan kepentingan ahli.
Memupuk dan melihara konsep, dasar dan matlamat Kerajaan Malaysia.
Sebagai satu badan yang mewakili Persatuan-persatuan Pegawai Pentadbiran dan Ikhtisas di seluruh IPTA.
Menjadi ahli gabungan kepada mana-mana pertubuhan berdaftar yang sesuai dengan dasar MASTI.
Membentuk kerjasama dengan lain-lain pertubuhan berdaftar di dalam negeri yang sesuai dengan dasar Persatuan.
Memberi sumbangan untuk perkembangan dan kemajuan perkhidmatan, pentadbiran dan ikhtisas persatuan-persatuan di dalam MASTI.
Mengemukakan pendapat dan perakuan kepada kerajaan, dan agensi juga pihak Kementerian dan lain-lain badan mengenai perkara yang berkaitan dengan kepentingan ahli.
Bekerjasama erat dengan pihak Kementerian, Jawatankuasa Pendaftar, CUEPACS dan rakan-rakan Kesatuan dalam hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan ahli.
Menyebarkan penerangan dan maklumat mengenai kegiatan dan hal ehwal yang berkaitan dengan kepentingan ahli.
Menganjur, memupuk dan menggalakkan minat dalamĀ menyuburkan rohani, jasmani, ekonomi dan sosial dikalangan ahli-ahli MASTI.
Menghormati pengisytiharan universal mengenai Hak Asasi Manusia.