Azri kekal Presiden MASTI

15 JULAI, UMT Kuala Nerus – Pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sesi 2017/2018, MASTI – Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia menyaksikan penyandang Presiden Azri Hohad sekali lagi dipilih untuk meneraju MASTI selepas memperolehi undi tertinggi.

Seramai 15 persatuan yang mewakili universiti masing – masing telah memilih calon Presiden dan Timbalan Presiden melalui kaedah undi rahsia sepertimana perlembagaan MASTI. Pemilihan ini diadakan selepas Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-8 MASTI yang berlangsung di Dewan Senat Universiti Malaysia Terengganu.

Mesyuarat Agung kali ini juga telah memperkenalkan tiga jawatan Timbalan Presiden dengan melantik Salehuddin Shukor, Haji Wan Mohd Wazir Wan Abd Wahab dan Mohd Raizalhilmy Mohd Rais memegang jawatan tersebut. Bagi jawatan Ketua Setiausaha Kehormat, masih mengekalkan Siti Nurbaya Ismail sementara Ilmyzat Ismail telah dilantik menggantikan Mohamad Najib Mohamed.

© MASTI since 2001. All Rights Reserved.