PERANAN MASTI
Peranan Utama MASTI ialah:
- Sebagai badan perundingan dalam hal ehwal berkaitan kebajikan dan kepentingan ahli.
- Memupuk dan melihara konsep, dasar dan matlamat Kerajaan Malaysia.
- Sebagai satu badan yang mewakili Persatuan-persatuan Pegawai Pentadbiran dan Ikhtisas di seluruh IPTA.
- Menjadi ahli gabungan kepada mana-mana pertubuhan berdaftar yang sesuai dengan dasar MASTI.
- Membentuk kerjasama dengan lain-lain pertubuhan berdaftar di dalam negeri yang sesuai dengan dasar Persatuan.
- Memberi sumbangan untuk perkembangan dan kemajuan perkhidmatan, pentadbiran dan ikhtisas persatuan-persatuan di dalam MASTI.
- Mengemukakan pendapat dan perakuan kepada kerajaan, dan agensi juga pihak Kementerian dan lain-lain badan mengenai perkara yang berkaitan dengan kepentingan ahli.
- Bekerjasama erat dengan pihak Kementerian, Jawatankuasa Pendaftar, CUEPACS dan rakan-rakan Kesatuan dalam hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan ahli.
- Menyebarkan penerangan dan maklumat mengenai kegiatan dan hal ehwal yang berkaitan dengan kepentingan ahli.
- Menganjur, memupuk dan menggalakkan minat dalamĀ menyuburkan rohani, jasmani, ekonomi dan sosial dikalangan ahli-ahli MASTI.
- Menghormati pengisytiharan universal mengenai Hak Asasi Manusia.